Tuesday, January 31, 2012

Pas ditapak kaki Anwar

Pembuangan Hassan Ali dari Pas berlaku dengan 'sempurnanya'. Kerana berjuang atas tiket 'IMR' Hassan Ali Hassan menjadi musuh no satu Pas dan Dap. Hassan kemudiannnya bangkit bagai harimau 'leopard' yang tangkas. Pas tidak sangka Hassan yang disepak dari Pas atas desakan PKR dan direstui Dap menggigit Pas sekuat hati. maka banyaklah kaki dan tangan pemimpin Pas, Pkr dan Dap kini luka dan koyak.

Pas kononnya tidak hairan dengan road show Hassan. tetapi setelah lima roadshow berjalan Pas mula goyang. satu demi satu kejahatan Pas dilonndehkan oleh Hassan. Harun Taib dengan sombong menjemput Hassan untuk serang Pas.Pada anggapan dia Hassan kutukan dan pendedahan Hassan tak jadi kudis gatal. kini pendedahan oleh Hassan Ali bukan saja jadi kudis, malah dah jadi pekong berbisa. Pas kepanasan. Lalu pas menggerakkan jenteranya diseluruh negara menggempur pendedahan Hassan. dalam parlimen Rompin saja telah beberapa ceramah dibuat oleh pakatan pembangkang. paling mengaibkan apabila dato fawzi, manusia yang hidup senang lenang sampai tujuh keturunan kerana bertenggek atas UMNO itu, mengutuk UMNO dgn pelbagai kutukan dalam ceramahnya baru-baru ini. katanya dia bertanggungjawab bersama pas untuk cuci 'tong tahi', satu istilah PKR dan pas nak gambarkan buruknya pentadbiran dalam BN dan UMNO. Pas dan PKR tak sedar mereka hidup dalam 'tong tahi terbusuk dan tong nuklear Dap' yang bakal meletupkan Pas.

Nak tanya fawzi, dah hidup dan melantak rezeki dalam 'tong tahi' hampir 3o tahun baru terhidu tahi didalam tong UMNO??? otak apa yg ada dalam kepala anak bekas menteri pelajaran kedua ini!!! lupa sejarah diri, buta hati dan jiwa. buta sejarah Dap. elok nya org mcm fawzi ni migrate ke Somalia atau Palestin agar dia tahu erti nikmat dan bala!!!.

No comments:

Post a Comment