Tuesday, April 27, 2010

Dr Vanezis menempelak Dr Pornthip

Sah dr pornthip dari tahiland bukan doktor patalogi yg hebat. tuduhannya yg beng hock mati dicekik disangkal mentah-mentah oleh dr vaneziz. tapi mengapa dia berani buat dakwaan begitu. mungkin telah terima bayaran dari anwar kot atau dari pihak pakatan rakyat untuk menjatuhkan reputasi sprm dan kerajaan BN . kerajaan melalui sprm wajar siasat pornthip. tuduhan pornthip berat boleh menjatuhkan maruah m'sia di mata dunia. dakwaan porthip yg keselamatannya terancam pun kena diperiksa.

mengapa dulu berani cakap macam-macam kini takut. sikap porthip boleh menjadikan hubungan m'sia dan thai terjejas. kpd porthip kalau nak jadi kaya dan wira jgn rosakkan negara melayu ni. zaman siam menjajah negeri melayu dan menghantar bunga emas ke siam sudah lama berakhir. jika pornthip didapati sengaja bersekongkol dgn PR harap kerajaan M'sia mengharamkan pornthip dari memasuki negara ini selamanya. masa untuk berlembut dan berdiplomasi dgn agen asing yg berniat jahat pd malaysia sudah berlalu. tindakan tegas, berani dan proaktif penting demi survival melalyu dan malaysia.

Sunday, April 25, 2010

prk hulu selangor

wau..cantik. prk hulu selangor mengkafankan zaid al botol. baru anwar al jub tahu nasib parti nya yg kian reput. tahniah pd pengundi hulu selangor kerana mengembalikan kerusi bn. tahniah pd semua petugas prk hulu selangor termasuk kepda semua sahabat dan rakan dlm jasa yg bertungkus lumus hampir 20 hari.

kpd semua pengikut anwar bertaubatlah. derhakanya nik aziz tercermin dlm prk ini bila menderhakai titah sultan selangor. buat-buat tak tahu kononnya. prk hulu selangor adalah titik tolak kehancuran pas, prk dan dap untuk selamanya. puak pr (pakatan rakyat) atau boleh diertikan juga as puak revolusiner akan berkubur selepas ini. buruk, belang, temberang dan sikap penipu mereka sudah dimaklumi rakyat. pr hanya ada didepan pintu rakyat masa dekat pilihan raya atau prk. kalau tidak ada pru atan prk muka mereka ghaib. buruk sungguh laku mereka.

Saturday, April 10, 2010

PRK Hulu Selangor

Dato Sri Najib buat pilihan yg tepat untuk mewakili BN dlm PRK 25 April ini. MIC dan semua warga India harap akan puas hati. hebatnya budi org UMNO, rela diwakili oleh pihak MIC yang cuma ada 18 % berbanding dgn undi Melayu 53 %. harap org MIC mengerti erti persefahaman dan pengorbanan. Melayu sudah berkorban sejak belum merdeka lagi. harap puak bukan Melayu boleh mencontohi akan budi Melayu. namun PRU 2008 menjadi bukti ramai puak bukan Melayu dan segelintir melayu tidak menghayati semangat yang ditunjukkan oleh org Melayu dlm UMNO sejak negara merdeka. Dgn PRK ini diminta semua parti bukan Melayu dlm BN akan belajar semangat berhutang budi. jgn sampai suatu masa nanti org melayu tidak sudi berbudi lagi dgn sesiapa jua. kerana org Melayu berpegang pda falsafah buat baik berpada-pada.