Friday, February 26, 2010

isu ramai wanita dlm penjawat awam

Allah menjadikan makhluknya berpasangan. lelaki dan perempuan. hitam dan putih. baik dan buruk. tanpa perempuan tidak sempurnalah hidup lelaki demikian sebaliknya. namun yg menggusarkan kita kini ialah peranan lelaki semakin mengecil dalam pembangunan ummah. sebaliknya peranan wanita amat terserlah. dulu lelaki menjadi kepala dan ketua dlm serba persoalan kehidupan. peranan lelaki kini sudah diambil alih oleh kaum hawa. menyara keluarga, wanita yg buat. mentadbir pejabat, wanita yg buat. menegakkan fungsi pendidikan, wanita yg buat. merawat pesakit, wanita yg buat. lelaki mcm tak ada peranan lagi. mengapa begini? sebab lelaki sudah hilang kualiti diri. lelaki kini malas belajar, suka merempet, nak buat kerja mudah, tiada visi, tiada matlamat, sukakan keseronokan. bayangkan apa akan jadi pada bangsa kita, negara kita, generasi kita, andainya tidak berlaku revolusi dlm pemikiran generasi lelaki hari ini.

Thursday, February 25, 2010

Konvensyen UMNO Pahang

28 resolusi terhasil dari konvensyen 3 hari UMNO Pahang. 5 bidang tumpuan diberi keutamaan.wang sudah dibelanja, peluh sudah menitis ke bumi. yang dinanti ialah pelaksanaan. sejauhmanakah resolusi itu akan diberi perhatian. hendaknya semua resolusi tidak tinggal dalam beg konvensyen. kepimpinan UMNO Pahang akan diberi tabik terpacak jika berani melaksanakan rumusan tersebut. lakukan walau ia perit demi PRU akan datang. di bahu kepimpinan UMNO Pahang terpikul segalanya.