Thursday, November 19, 2009

Khir: BN akan bantu Badrul


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, BN akan membantu ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah membuka dan mengaktifkan pusat khidmat wakil rakyat barunya.


"Kita akan minta bantuan kerajaan persekutuan. Walaupun beliau bukan wakil rakyat BN, tetapi dia menyokong BN macam (ADUN) yang lain juga," katanya yang juga bekas menteri besar Selangor. KLIK


Abangbeca :


Hasrat dr khir ada rasionalnya. Bukan dia nak utamakan calon bebas tetapi mengutamakan pengundi dan rakyat yg diwakili oleh badrul hisham.ia selaras dgn gagasan pm yg mendahulukan rakyat. Perangai buruk pkr telah terselak. Bila wakil rakyat tak sokong mereka maka dinafikan segalanya. Walaupun wakil rakyat itu orang kuat dan kuncu mereka asalnya. Pkr atau pr sering nampak salah org, tapi pekong pada peha sendiri tak berbau. Cukuplah mereka pegang kuasa sekali. Semuga org Selangor kembali insaf terutama yg pandai mengucap dan bertakbir.

Wednesday, November 18, 2009

Kedah perlu sentuhan Tun Dr Mahathir?

siapa tak kenal Tun Dr Mahathir? hanya org bengap dan sombong saja yg menafikan jasa, sumbangan dan kekuatan yg ada , yg dibuat, dan yg masih diteruskan oleh beliau. tapi siapa yg tolak tun dari arus perdana politik negeri jelapang padi itu. org kedah juga. org umno juga. org yg pernah dibantu dan dididik oleh tun. malang sekali mulut yg disuap oleh tun akhirnya jadi mulut yg tak berbudi, menggigit tangan tun. mereka ingat mereka sudah handal dan kuat untuk bertarung tanpa aura tun. akhirnya kedah tumbang. mana perginya manusia yg sombong dan rasa diri mereka gah dahulu itu. tunjukkanlah hebat kamu dalam mempertahankan kedah dari kuasa bulan.bila nasi dah bertukar bubur baru nampak kuatnya tun. cadangan agar tun memberi sentuhan kembali dalam politik kedah adalah baik, tapi sudah terlambat mungkin. sebab mulut badan binasa. rasalah padah bila kita tak reti mengenang budi dan jasa org. kini umno kedah terkena badi mulut dan umpat keji sendiri. tanyalah mereka yg berkenaan apa penghinaan yg pernah dilemparkan pada tun.

prk datang lagi?

andainya keputusan mahkamah rayuan tidak berpihak pd bn maka satu prk akan berlaku. benarlah kata orang tua, takda beban batu digalas. takda keje cari kerja. rezeki sudah ditangan, dibuang begitu saja. salah siapa? tanyalah diri yg empunya diri. kerana cuai semua org dapat padah. sebagai pemimpin prinsip 15 S berikut patut dibuat pedoman sekiranya ingin kekal berkuasa dan dicintai. 1. S: sampai, pemimpin kena sampai ke kawasan. 2.S: salam dgn org, salam tanda hubungan yang akrab.3. S: selami, selami hati dan tanya masalah rakyat. 4. S:selesai, selesaikan masalah yg diluahkan.5. S: segera, selesai dgn segera, tak main-main. 6.S: sungguh-sungguh, sungguh-sungguh bantu dan kerja untuk rakyat jgn hipokrat. 7. S: service, berkhidmat selalu pd rakyat jangan sampai rakyat marah baru nak jenguk. 8.S: sayangkan rakyat. 9.S: sedarkan rakyat dan diri sendiri peranan dan tanggungjawab kita dan mereka agar mereka tahu peranan. 10. S: santun, hormat dan dahulukan rakyat. 11. S:selamba, jgn tunjuk sombong. tak perlu ada karpet merah baru nak datang. 12.S: setia, pemimpin dan rakyat kena saling setia demi masa depan . 13.S: syukur, pemimpin kena bersyukur dipilih sebagai pemimpin sebab tidak semua org berpeluang jadi pemimpin besar. 14. S: sayang, penuhkan jiwa dgn sifat sayang kpd rakyat yg kita pimpin. 15.S: solat, solat akan membentuk peribadi yg hebat. solat bersama rakyat. mana-mana individu yg rasa diri mereka pemimpin, lihatlah ke dalam diri sudahkah anda beramal dgn 15 S ini.

anuar saari hentam anuar ibrahim

isu saham 8 juta telah singgah di dahi anuar ibrahim. menggelepar anuar ibrahim. komen pertama dia itu semua konspirasi pihak lain. nampaknya puak pakatan rakyat diam. kalau kena pada bn lebam berang muka lim kit siang (LKS) mengamuk suruh sprm siasat. kini mengapa lks diam. kena batang tengkuk kawan maka terduduk dia. tahniah pd anuar saari. dedahkan segala keburukan anuar ibrahim biar rakyat dan pihak pakatan rakyat tahu nilai budi pemimpin mereka. 'londehkan seluarnya sejauh yg boleh'. pemuda umno patut main peranan. ini masa keemasan untuk korek buruk anuar. sprm jangan diam. segerakan kerja. kerjakan sungguh-sungguh. heret cepat-cepat. bukti dah ada.

pas guna senjata baiah

  1. isu baiah hingga sanggup cerai bini oleh wakil rakyat pas tiba-tiba jadi isu yang menggemparkan. itulah perangai orang yang bersifat 'bacul' dalam politik. demi kuasa rela gadai maruah isteri. harap mata hati dan minda rakyat massa dapat kenal perangai pas. kalau pas berkuasa penuh suatu hari nanti mungkin baiah yg sama akan dipaksakan kepada setiap penjawat awam. mana yg enggan berbaiah akan ditamatkan jawatan. amalan baiah ini lazim diamalkan zaman jahiliah oleh org arab dalam mempertahankan kabilah masing. maka bila pas beramal dgn amalan baiah ini, maka pas samalah dgn pengamal zaman jahiliah. pas tuduh umno assobiah. rupanya pas lebih buruk dari umno. assobiah umno bukan untuk menzalimi org, sebaliknya baiah pas telah menzalimi isteri dan keluarga. perbuatan yg lebih buruk dari umno. kata dulang paku serpih, jerat sudah lupa pelandok. semuga org muda kenal siapa pas.