Thursday, November 19, 2009

Khir: BN akan bantu Badrul


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, BN akan membantu ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah membuka dan mengaktifkan pusat khidmat wakil rakyat barunya.


"Kita akan minta bantuan kerajaan persekutuan. Walaupun beliau bukan wakil rakyat BN, tetapi dia menyokong BN macam (ADUN) yang lain juga," katanya yang juga bekas menteri besar Selangor. KLIK


Abangbeca :


Hasrat dr khir ada rasionalnya. Bukan dia nak utamakan calon bebas tetapi mengutamakan pengundi dan rakyat yg diwakili oleh badrul hisham.ia selaras dgn gagasan pm yg mendahulukan rakyat. Perangai buruk pkr telah terselak. Bila wakil rakyat tak sokong mereka maka dinafikan segalanya. Walaupun wakil rakyat itu orang kuat dan kuncu mereka asalnya. Pkr atau pr sering nampak salah org, tapi pekong pada peha sendiri tak berbau. Cukuplah mereka pegang kuasa sekali. Semuga org Selangor kembali insaf terutama yg pandai mengucap dan bertakbir.

Wednesday, November 18, 2009

Kedah perlu sentuhan Tun Dr Mahathir?

siapa tak kenal Tun Dr Mahathir? hanya org bengap dan sombong saja yg menafikan jasa, sumbangan dan kekuatan yg ada , yg dibuat, dan yg masih diteruskan oleh beliau. tapi siapa yg tolak tun dari arus perdana politik negeri jelapang padi itu. org kedah juga. org umno juga. org yg pernah dibantu dan dididik oleh tun. malang sekali mulut yg disuap oleh tun akhirnya jadi mulut yg tak berbudi, menggigit tangan tun. mereka ingat mereka sudah handal dan kuat untuk bertarung tanpa aura tun. akhirnya kedah tumbang. mana perginya manusia yg sombong dan rasa diri mereka gah dahulu itu. tunjukkanlah hebat kamu dalam mempertahankan kedah dari kuasa bulan.bila nasi dah bertukar bubur baru nampak kuatnya tun. cadangan agar tun memberi sentuhan kembali dalam politik kedah adalah baik, tapi sudah terlambat mungkin. sebab mulut badan binasa. rasalah padah bila kita tak reti mengenang budi dan jasa org. kini umno kedah terkena badi mulut dan umpat keji sendiri. tanyalah mereka yg berkenaan apa penghinaan yg pernah dilemparkan pada tun.

prk datang lagi?

andainya keputusan mahkamah rayuan tidak berpihak pd bn maka satu prk akan berlaku. benarlah kata orang tua, takda beban batu digalas. takda keje cari kerja. rezeki sudah ditangan, dibuang begitu saja. salah siapa? tanyalah diri yg empunya diri. kerana cuai semua org dapat padah. sebagai pemimpin prinsip 15 S berikut patut dibuat pedoman sekiranya ingin kekal berkuasa dan dicintai. 1. S: sampai, pemimpin kena sampai ke kawasan. 2.S: salam dgn org, salam tanda hubungan yang akrab.3. S: selami, selami hati dan tanya masalah rakyat. 4. S:selesai, selesaikan masalah yg diluahkan.5. S: segera, selesai dgn segera, tak main-main. 6.S: sungguh-sungguh, sungguh-sungguh bantu dan kerja untuk rakyat jgn hipokrat. 7. S: service, berkhidmat selalu pd rakyat jangan sampai rakyat marah baru nak jenguk. 8.S: sayangkan rakyat. 9.S: sedarkan rakyat dan diri sendiri peranan dan tanggungjawab kita dan mereka agar mereka tahu peranan. 10. S: santun, hormat dan dahulukan rakyat. 11. S:selamba, jgn tunjuk sombong. tak perlu ada karpet merah baru nak datang. 12.S: setia, pemimpin dan rakyat kena saling setia demi masa depan . 13.S: syukur, pemimpin kena bersyukur dipilih sebagai pemimpin sebab tidak semua org berpeluang jadi pemimpin besar. 14. S: sayang, penuhkan jiwa dgn sifat sayang kpd rakyat yg kita pimpin. 15.S: solat, solat akan membentuk peribadi yg hebat. solat bersama rakyat. mana-mana individu yg rasa diri mereka pemimpin, lihatlah ke dalam diri sudahkah anda beramal dgn 15 S ini.

anuar saari hentam anuar ibrahim

isu saham 8 juta telah singgah di dahi anuar ibrahim. menggelepar anuar ibrahim. komen pertama dia itu semua konspirasi pihak lain. nampaknya puak pakatan rakyat diam. kalau kena pada bn lebam berang muka lim kit siang (LKS) mengamuk suruh sprm siasat. kini mengapa lks diam. kena batang tengkuk kawan maka terduduk dia. tahniah pd anuar saari. dedahkan segala keburukan anuar ibrahim biar rakyat dan pihak pakatan rakyat tahu nilai budi pemimpin mereka. 'londehkan seluarnya sejauh yg boleh'. pemuda umno patut main peranan. ini masa keemasan untuk korek buruk anuar. sprm jangan diam. segerakan kerja. kerjakan sungguh-sungguh. heret cepat-cepat. bukti dah ada.

pas guna senjata baiah

  1. isu baiah hingga sanggup cerai bini oleh wakil rakyat pas tiba-tiba jadi isu yang menggemparkan. itulah perangai orang yang bersifat 'bacul' dalam politik. demi kuasa rela gadai maruah isteri. harap mata hati dan minda rakyat massa dapat kenal perangai pas. kalau pas berkuasa penuh suatu hari nanti mungkin baiah yg sama akan dipaksakan kepada setiap penjawat awam. mana yg enggan berbaiah akan ditamatkan jawatan. amalan baiah ini lazim diamalkan zaman jahiliah oleh org arab dalam mempertahankan kabilah masing. maka bila pas beramal dgn amalan baiah ini, maka pas samalah dgn pengamal zaman jahiliah. pas tuduh umno assobiah. rupanya pas lebih buruk dari umno. assobiah umno bukan untuk menzalimi org, sebaliknya baiah pas telah menzalimi isteri dan keluarga. perbuatan yg lebih buruk dari umno. kata dulang paku serpih, jerat sudah lupa pelandok. semuga org muda kenal siapa pas.

Friday, October 30, 2009

SHAH ALAM, 29 Okt: Ekoran tindakan Menteri Besar Selangor mencadangkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar Adunnya di Perlabuhan Klang melepaskan jawatan, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.

Beliau membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.

komen: akhirnya terbuka juga pintu kebenaran di hati YB DUN Klang ini. sudah terantuk baru tengadah. masa marah lupa untuk fikir panjang. kini dia kenal mana kaca mana berlian. kenal mana musang dan mana dan ayam. mujur dia insaf ketika lidah masih belum kelu dan kaku. syabaslah. kerana berani kembali ke pangkal jalan setelah lama sesat dlm terang. semuga kekuatan UMNO pulih dan ummah Melayu mendapat rahmat dari ilham baru yg turun ke sanubari dan kalbu YB itu.

Wednesday, September 23, 2009

MIC tunjuk biadab

perhimpunan mic seminggu yg lalu mencatat sejarah hitam pd org melayu. bekas pemimpin melayu dihina lebih dari sampah yg busuk. baru kita nampak hati nurani org india di malaysia. apakah insiden itu satu konspirasi yg sudah direstui oleh samy velu? hoi dt samy jangan main api. apa pun cadangan mengkalungkan gambar tun mahathir dgn selipar, sangat biadab yg tidak mungkin penulis boleh maafkan. 52 tahun org india diberi nikmat oleh tangan melayu, akhirnya india menggigit tangan yg beri dia makan. samy velu tolong ajar anak-anak buah kamu sejarah malaysia. pada pilihanrya pertama tahun 1955 berapa ada undi india. cuma 6% tapi tunku abd rahman kasi india satu kerusi menteri. dan kerusi itu kekal berpuluh tahun.undi siapa yg memenangkan calon india, kalau bukan undi tangan melayu. bangsa lupa darat. kita biarlah hitam kulit jangan hitam hati.

mic jangan ingat org melayu akan lupa insiden biadab ini.

pilihan raya kecil bagan pinang

umno diuji lagi.kali ini dibagan pinang port dickson. isu yg brlarutan ialah siapakah calon yg terbaik. isa samad atau calon lain. meminjam pandangan tun dr mahathir, penulis turut berpendapat eloklah calon untuk bagan pinang diberikan kpd org muda yang lebih bertenaga. yang lama tu tidak dinafikan jasa dan bekas tangannya, tetapi oleh kerana perubahan citarasa dan pandangdunia massa kini, jika umno meletakkan calon yg silap, atau calon yg ada sejarah hitam, atau calon yg tidak berwibawa, kuatir bagan pinang akan menjadi gelanggang kelapan tersungkurnya bn.

Sunday, August 16, 2009

PRK Permatang Pasir

Allah swt sekali lagi menguji umat melayu. kali ini di permatang pasir. Allah sudah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasub sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri. apakah org melayu tidak terkesan dgn perilaku pembangkang dlm bebrapa PRK yg lalu. nampk dari luar cantik serahkan kuasa pd pas, tapi tahukah siapa yg memerintah dibelakang pas. tak lain tak bukan adalah dap dan pkr. kerana ingin undi cina dan india terutama dari puak haram hindraf, pas merelakan apa saja. ajar anak muda melayu menegakkkan panji-panji dap. suruh anak melayu yg masih bersekolah mengikat bendera roket di belakang. ajar anak melayu menjulang bendera dap. sungguh bangsat pemikiran org pas. bodoh sejarah. sanggup mendokong bendera dan berpelok sakan dgn sebuah parti yg sejak awal penubuhannya memang untuk meleyapkan kuasa melayu. konon pas berjuang untuk tegakkan islam, tetapi semuanya pembohong. pas berjuang untuk syok jadi menteri dan yb. tipu rakyat dan orang melayu. dlm ceramah cakap tentang islam. tetapi org pas sendiri tidak faham apa ajaran islam sebenar. untuk itu kpd pengundi di permatang pasir harmkanlah jari anda memangkah gambar bulan pada prk ini.

Saturday, August 15, 2009

DS JJ memang layak jadi duta ke us

perlantikan dato seri jj ke us memang layak. layak dari segi ilmu dan layak dari segi kedudukan politik. untuk rompin belaiu dah buat macam-macam. tanya apa yg takda dlm parlimen rompin. sek agama, universiti, kolej komuniti, masjid dsb.

Thursday, August 13, 2009

petualang negara dan melayu

setiap hari baru yg muncul makin bertambah sikap biadap pembangkang terutama DAP terhadap bangsa melayu, raja melayu dan hak-hak istimewa org melayu. kpd puak pembangkang terutama yg bukan melayu, sedarlah diri. ingat dimana kaki kamu berpijak.ingatlah bahawa datuk nenek kamu datang ke sini bukan dipelawa, malah datang demi sesuap nasi. setelah berada di sini dan berlaku perubahan politik akibat campur tangan penjajah jahanam, datuk nenek kamu tumpang senang. itu pun kerana belas kasih org melayu. setelah senang hidup kamu jadi bongkak.lupa asal usul.

Monday, July 20, 2009

Cadangan mansuh ISA

Bila membaca cadangan dari bekas orang ternama supaya ISA dimansuhkan saya agak gamam dan hairan. mengapa kini baru timbul idea itu. apakah ada maksud tertentu. dalam keadaan keselamatan negara teramat gawat kini di mana wajarnya untuk ISA dibuang. sedangkan ibarat ubat, ISA menjadi penawar paling mujarab dalam melemahkan 'virus'yg menyerang kesejahteraan negara. sepatutnya ISA diperkukuhkan supaya dpt menyelamatkan jutaan warga negara yg ingin hidup sejahtera.

kenapa ada pihak yang takut benar dgn ISA kalau kita tak buat salah. sedangkan ISA telah melindungi diri, keluarga dan harta benda mereka sejak sekian lama. hanya orang yg ada hasrat buruk sahaja yg kuatir dgn kuasa ISA. cuba bayangkan keadaan Malaysia kini kalau tanpa ISA sejak tahun 50 han hingga kini. pastinya org Melayu tak akan sampai ke mana.

Wednesday, July 15, 2009

Moral BN naik mendadak di Manik Urai

Meskipun kalah tipis di Manik Urai, namun pada realiti psikologi BN 'menang' besar. PAS jangan nak tunjuk gah dengan 65 undi yang lebih. PRU 13 nanti angka itu akan menjadi 6500 untuk BN. Tahniah buat saudara BN di Manik Urai. anda adalah wira M.Urai.

Manik Urai Kecewa

Apa dah jadi kpd Manik Urai (MU). Kalau jumlah undi rosak memihak pd BN pasti BN berjaya. sayang setelah 50 tahun merdeka masih ada org Kelantan yg tak berapa reti memangkah. itulah gambaran kepimpinan PAS selama 19 tahun, usah nak ajar org sana jadi cendikiawan yang tersohor, ajak org kampung mengundi pun gagal. rendahnya taraf pimpinan pembangkang.

Tuesday, July 14, 2009

Dilema Manik Urai


Sama ada Manik Urai akan berubah atau kekal seperti lalu akan ditentukan hari ini oleh warga Manik Urai. Kalau BN yang dipilih, menjadi anak emaslah orang Manik Urai. Kalau bukan BN maka macam sedia kalalah. tiada jambatan baru. Harap BN menanglah..kalau BN tak berjaya maka org MU yang kecewa.