Friday, October 30, 2009

SHAH ALAM, 29 Okt: Ekoran tindakan Menteri Besar Selangor mencadangkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar Adunnya di Perlabuhan Klang melepaskan jawatan, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.

Beliau membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula berkata, Umno sedia menerima Badrul untuk menyertainya.

komen: akhirnya terbuka juga pintu kebenaran di hati YB DUN Klang ini. sudah terantuk baru tengadah. masa marah lupa untuk fikir panjang. kini dia kenal mana kaca mana berlian. kenal mana musang dan mana dan ayam. mujur dia insaf ketika lidah masih belum kelu dan kaku. syabaslah. kerana berani kembali ke pangkal jalan setelah lama sesat dlm terang. semuga kekuatan UMNO pulih dan ummah Melayu mendapat rahmat dari ilham baru yg turun ke sanubari dan kalbu YB itu.

1 comment:

  1. Salam Abang beca, itulah yang sepatutnya YB-YB PKR buat......... tinggalkan Anwar yang hanya memperjuangkan hak belakangnya sahaja....

    ReplyDelete