Wednesday, November 18, 2009

prk datang lagi?

andainya keputusan mahkamah rayuan tidak berpihak pd bn maka satu prk akan berlaku. benarlah kata orang tua, takda beban batu digalas. takda keje cari kerja. rezeki sudah ditangan, dibuang begitu saja. salah siapa? tanyalah diri yg empunya diri. kerana cuai semua org dapat padah. sebagai pemimpin prinsip 15 S berikut patut dibuat pedoman sekiranya ingin kekal berkuasa dan dicintai. 1. S: sampai, pemimpin kena sampai ke kawasan. 2.S: salam dgn org, salam tanda hubungan yang akrab.3. S: selami, selami hati dan tanya masalah rakyat. 4. S:selesai, selesaikan masalah yg diluahkan.5. S: segera, selesai dgn segera, tak main-main. 6.S: sungguh-sungguh, sungguh-sungguh bantu dan kerja untuk rakyat jgn hipokrat. 7. S: service, berkhidmat selalu pd rakyat jangan sampai rakyat marah baru nak jenguk. 8.S: sayangkan rakyat. 9.S: sedarkan rakyat dan diri sendiri peranan dan tanggungjawab kita dan mereka agar mereka tahu peranan. 10. S: santun, hormat dan dahulukan rakyat. 11. S:selamba, jgn tunjuk sombong. tak perlu ada karpet merah baru nak datang. 12.S: setia, pemimpin dan rakyat kena saling setia demi masa depan . 13.S: syukur, pemimpin kena bersyukur dipilih sebagai pemimpin sebab tidak semua org berpeluang jadi pemimpin besar. 14. S: sayang, penuhkan jiwa dgn sifat sayang kpd rakyat yg kita pimpin. 15.S: solat, solat akan membentuk peribadi yg hebat. solat bersama rakyat. mana-mana individu yg rasa diri mereka pemimpin, lihatlah ke dalam diri sudahkah anda beramal dgn 15 S ini.

No comments:

Post a Comment