Wednesday, February 1, 2012

belang Khalid Samad terdedah

Dt Hassaan Ali dengan berani mendakwa Khalid Samad sebagai parasit, perosak, dan pemusnah akidah dan syariat Islam. kini khalayak tidak perlu lagi berteka-teki siapa petualang yang merosakkan perjuangan Dato Hassan Ali. Pendedahan ini tidak menghairankan, kerana Khalid bijak menyembunyikan kuku. dalam kes mengalihkan kilang arak guiness di Shah Alam ke tempat lain pun sudah nampak sokongan Khalid kepada pihak bukan Islam. tempat yang dicadangkan itu membolehkan kilang arak itu beroperasi dengan selesa. bukan menutup, malah melebarkan kilang itu.
inilah hipokratnya Pas. dulu masa UMNO memerintah Selangor tuduh UMNO kafir kerana bersubahat dengan arak dan judi. kononya jika mereka berkuasa sebelum kokok ayam kilang arak akan dihapuskan. nah kini dah empat tahun menjadi pemerintah Selangor. Arak bukan sahaja dijual dikedai arak, malah arak dijual dihalaman rumah orang Islam. kini baru Khalid Samad tahu, mentadbir tidak semudah berceramah ditepi jalan atau ditepi tandas!! bila gagal menyelesaikan masalah cari mana kambing hitam yang boleh 'disembelih'. dan seringkali dijadikan kambing adalah UMNO dan BN.

apabila Dt Hassan ambil tindakan untuk menjaga maruah Islam dan Melayu, Khalid Samad tidak ikut menyokong atas alasan kena bertindak dengan berhikmah. pii... lah. cakap sahaja takut pada DAP. Bila gagal buat sesuatu ambil alasan tindakan kena buat dgn berhikmah. bila kena pada dahi orang lain tuduh kafir dan zalim. Khalid Samad tahu Selangor dah penuh dengan bisness rumah urut, mesin judi, judi no ekor dll. berapa kuat Khalid bertempik untuk menghalang gejala haram itu!! Anak Samad ini langsung hilang suara. Tak bersuara pun, sebab halkum dan peti suara Khalid sudah dicekik oleh Ronie Liu dan Therasa Kok. Khalid nafi yang dia adalah parasit dalam Pas dengan memberi tafsiran apa itu parasit. tak usah ambil tafsir susah-susah. parasit adalah unsur luar yang menumpang pada pokok-pokok dan bertindak merosakkan kehidupan pokok itu. ertinya parasit itu bertindak merubah, meluntur,menghakis dan membunuh mangsanya. ini lah metafora yang dihubungkan kpd Khalid dalam konteks Pas di Selangor.mustahil tuduhan Hassan tidak berasas. kerana Hassan seorang akademik yang bertaraf phd, yang tahu baca statistik, konsep korelasi, konsep signifiken dll. Hakikatnya kini Pas Selangor malah Pas Pusat sudah diserang virus pembuangan Dt Hassan Ali. tak lama lagi Khalid pula akan jadi penyokong kuat negara Yahudi!!

No comments:

Post a Comment