Thursday, June 30, 2011

pemutihan pekerja berstatus PATI

Tahniah kpd KDN kerana mendengar rungutan rakyat terhadap lambakan pekerja asing haram, atau halal. program pemutihan yg berteraskan prinsip 6 P perlu dibuat dgn tegas, betul dan berjiwa patriotik. 6 P melibatkan, Pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan, dan pengusiran. program ini boleh mengurangkan indek jenayah, mengurangkan kebergantungan kpd pekerja asing, dan memberi ruang kerja dalam negara ini kpd anak tempatan.

elok ditambah satu P lagi, iaitu persediaan pengganti. kerajaan wajar menyediakan plan strategik untuk mengganti pekerja asing dgn pekerja tempatan. udah cukuplah kita menyara org asing. datuk nenek kita dahulu berjuang hingga tulang berserakan, demi untuk memberi hidup yg selesa kpd anak cucu mereka. negara merdeka dgn pengorbanan mereka. jgn lah sajikan nikmat merdeka yg diraih dgn deraian air mata rakyat melayu itu kpd puak asing. kerana banyak peluang kerja yg sewajarnya digenggam oleh anak tempatan dirampas org luar yg tidak pernah menabur budi kpd kita. baik biar berpada.

negara kita bukan tempat menerima penyakit org asing. negara bukan tempat org membuang air lendir. negara kita bukan tempat percambahan penyakit sosial. kepada pihak yg membuat dasar tentang pekerja asing, cukuplah menyenangkan pendatang. bersikap patriotiklah. jgn sampai anak watan sendiri membenci pemimpin kerana gagal menyediakan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment