Sunday, January 23, 2011

pas tunjuk taat pd raja melayu

Pas dibawah telunjuk pkr dan dap mula main jarum provokasi yg baru. isu khusrin suk selangor yg ditolak mb dan barisan exco selangor jadi kusyen provokasi. pas membariskan pergeseran umno yg dahulu dgn pihak istana. nampak cantik. nampak mcm umno jahat. tapi pas buta mata hati. kalau diteliti satu persatu pergeseran antara umno dan pihak raja ketika itu semuanya untuk kepentingan rakyat. pas wajar tulis senerio yg wujud yg membawa krisis. bukan sembunyikan fakta yang membawa umno bertindak begitu. pas mengakui mereka org yg beriman. tapi dimana iman org pas jika sorok hakikat disebalik sesuatu.yg dilukis hanya buruk org lain.

umno parti yg ada prinsip. kepentingan rakyat menjadi fokus umno. krisis-krisis terdahulu umno dgn istana banyak menyangkut kepentingan rakyat. umno tidak mahu rakyat tertolak dari pembangunan juga keadilan sosial. jadi memang ada masanya pimpinan umno perlu agresif. pembangkang pr bercakap soal keadilan dan hak rakyat. maka mengapa parti ini tidak menyokong umno apabila umno berdiri dgn berani menjaga keutamaan rakyat.

pas cuba ambil untung politik sempit dgn membawa contoh peristiwa itu untuk buktikan siapa yg derhaka. jgn lupa yg banyak membawa musibah dan kesusahan kpd rakyat dan raja adalah pihak pembangkang. pas kena cermin muka, baca sejarah, bukankah parti umno yg berusaha keras untuk mengembalikan kuasa raja tahun 1946 dari tangan malayan union. dan berjaya menebus kuasa raja pada 1948. pas tak buat apa-apa dlm isu besar bangsa dan kedaulatan raja waktu ini. umno juga yg meletakkan raja melayu di atas tampuk kuasa dlm perlembagaan merdeka 1957. umno bukan mcm pas cakap tapi tak bikin. banyak fitnah dari yg makruf. umno parti yg mahukan perubahan terbaik. mahu meletakkan bangsa dan rajanya dilandasan yg terunggul.

pindaan perlembagaan 1993 bukan untuk derhaka, tetapi untuk memurnikan institusi diraja agar selaras dgn pentadbiran demokrasi. pas jgn putar fakta kerana sesuap kuasa. pas kena pandang org kiri kanannya. pas berkawan dgn puak yg salah. perbuatan pas itu lebih buruk kerana tindakan-tindakan pas banyak menguntungkan dap, dan kesan jangka panjangnya boleh meruntuhkan apa yg melayu ada. pas akan bertanggungjawab jika negara ini bertukar republik suatu hari nanti. pas tolong baca sejarah negara dan hasrat puak-puak berkenaan. bertaubat lah pas!

1 comment:

  1. Salam perjuangan.Harap dapat dilinkkan blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete