Monday, July 20, 2009

Cadangan mansuh ISA

Bila membaca cadangan dari bekas orang ternama supaya ISA dimansuhkan saya agak gamam dan hairan. mengapa kini baru timbul idea itu. apakah ada maksud tertentu. dalam keadaan keselamatan negara teramat gawat kini di mana wajarnya untuk ISA dibuang. sedangkan ibarat ubat, ISA menjadi penawar paling mujarab dalam melemahkan 'virus'yg menyerang kesejahteraan negara. sepatutnya ISA diperkukuhkan supaya dpt menyelamatkan jutaan warga negara yg ingin hidup sejahtera.

kenapa ada pihak yang takut benar dgn ISA kalau kita tak buat salah. sedangkan ISA telah melindungi diri, keluarga dan harta benda mereka sejak sekian lama. hanya orang yg ada hasrat buruk sahaja yg kuatir dgn kuasa ISA. cuba bayangkan keadaan Malaysia kini kalau tanpa ISA sejak tahun 50 han hingga kini. pastinya org Melayu tak akan sampai ke mana.

2 comments:

  1. Salam,

    Orang yang takut ini telah sedia ada agenda untuk menghura-harakan negara, merancang untuk menghasut rakyat Malaysia.....

    Sebab itu dia takut...

    ReplyDelete
  2. Aku sokong hapus je ISA tapi tukar akta lain dan buat undang-undang lebih ketat lagi..aku cadangkan ' AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN NEGARA'atau "AKTA KEAMANAN NEGARA" atau apa-apa akta lain tapi lebih ketat lagi..

    ReplyDelete